Kelvin Ong

Zahir Kelvin Ong Abdullah merupakan bekas penyampai berita dan pengacara televisyen Malaysia, yang berkhidmat di TV3 dari 1990 hingga 2004. Beliau pernah mengacarakan pelbagai rancangan terbitan TV3 seperti Anugerah Juara Lagu, Face to Face serta Nightline di TV3. [1]Kelvin juga menjawat jawatan Pengarah bagi Venus Assets Sdn Bhd. Beliau memeluk Islam pada 2007 dan berkahwin dengan Zetty Juyanty Rahim, anak perempuan bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik pada 2012.[2]